pengikut para buang masa

Thursday, December 30, 2010

Skuad Laser Kebangsaan

first of all, penang trip = cost around rm250

staying KL for 6days cost around rm150

watching AFF Suzuki cup at Bukit Jalil Stadium and watch win the cup = pricless

cuma nk termuntah muntah sbb bising sgt kat stadium.

tahniah skuad laser kebangsaan sbb dapat kalahkan skuad bra kebangsaan


Friday, December 24, 2010

penang trip

so, skang ni kat umah mong. beliau islam. mong bin bahari, atau name betul dia. haziq bin bahari
cilok tenet sket utk berblog

so far, penang trip mmg x ilmiah langsung, ada la skali pegi war museum... tu pon utk membunuh masa

the rest ktrg just makan, makan and makan lagi
makan mee goreng lori , becker.
pastu makan line clear
pastu makan chendol penang famous road
pastu makan karipap terbest n dorayaki yg dibeli kat pasar malam
pasal dorayaki tu, benda dia sedap, tapi inti dia sikit gila. come on la pacik, kalau pacik letak harga rm1 satu tapi inti byk, sume org suke la. orang xkesah la bayar rm1 sebiji
pastu makan tandoori cheese nan set kat kapitan
makan jugak kuih serabai cecah kaya, mengikut kata kucai, serabai tu makanan org mati, tapi gerai tu leh buat niaga. nasib baik sedap gak
makan jugak "ikti kapi".. maybe orang kedai nk tulis "itik kari" tapi sbb yg tulis tu aiyoyo. jadi ikti kapi. sedap gak
pastu makan gak kotiau parit. pergh,. orang kedai tu before hantar meal, dia lintas parit besar, aroma parit besar tu kira macam addictive yg buat orang addicted..
xlupa gak, kat penang, mesti la pekena pasembor padang kota. pergh, kena rm31, share 3 org, perut nk pecah makan. tapi puas a. macha niaga air boleh lak duduk lepak dgn ktrg smbil nk intro awek2 kerja kat situ. tapi macha tu boleh buat smbang.. xannoying

lepas sesi makan2, ade gak sesi2 nature, macam panjat bukit jambol,
ktrg panjat awal pagi, smpai atas, sejuk n hujan rintik, pastu ade bendera, ape lagi, nyanyi negaraku smpai abes a. pastu belah petang gi balik pulau, mandi ayaq terjun, air terjun dia x nmpk sgt, yg ade sugnai jer. layan! pastu tgh syok mandi ade sekor katak besar gila babeng.. mmg katak besar tegar! cuak gila do. kelam kabur aku lari kluar dari sungai, macam ade buaya laks gayanya.

so. lengkapla sudah tawaf penang and tawaf dari kl - penang - kl guna train, moga2 kami mendapat tawaf yg mabrur. hehehe..

Wednesday, December 15, 2010

B.M.W 1

haaa! ape itu BMW?
kereta? salah!
unta? salah!
perut buncit? salah!

tapi.. dgn BWM, anda boleh nikmati semua benda di atas, kereta, unta, perut buncit, malah, hotchix!

BMW adalah Bijak Mengurus Wang!

mengurus wang ni ada macam2 cara, ada orang beli emas, contohnya azmir,
angan2 dia nk beli iPhone guna duit mara dia cancel dgn beli emas,
by this time, dia da boleh beli lagi byk iPhone.. tahniah Azmir!

kalau macam Husna, dia ni mengurus wang dgn berniaga masak2, org berniaga atas angin. hebat dia ni. btw happy besday

tapi.. diorang buat duit dalam range ribu-ribu sahaja, macam dalam social network ckp, diorang x pandang Million, diorang pandang Billion!

kita punya target adalah : nk miliki rumah macam istana Wak Khir!

step paling mudah ialah, try to spend RM0 on foods!
macam mana? macam biasa la. selepas meeting, Wak Khir akan stay lame sikit, pastu orang2 da start clear, Tapawe lah!

selain itu, Wak Khir juga rajin join aktiviti mesjid2 xkira la di mana2 pon, selepas program2 ceramah, tapaw la kuih kuih yang ada. balik rumah cuma tgal deep freeze jer

macam dalam parlimen ckp, peruntukan RM4 utk refreshment telah jadi RM40...
kemana lagi RM36? ke tapawe Wak Khir la! RM36 tu boleh support utk bberapa hari.

antara bulan penjimatan maksima ialah bulan Ramadhan, time ni, guna kan lah anak2 anda yg ramai untuk beratur amek bubur lambok, lebih2an boleh la deep freeze, manakala, makanan2 lebih moreh, boleh juga di bawa pulang.

tapi!

macam mana kalau tiba2 stock mknn kehabisan, lalu terpaksa keluar duit utk mkan.
beli je tempe, mkan dgn nasi, utk jimat tahap naga, tempe tu xpayah goreng, pakai microwave je, klau goreng nk kena beli minyak, gas etc. so microwave aje la.

nasi dgn tempe ini sudah cukup utk membekalkan zat zat dan nutrient utk 2 hari! lebih dari mencukupi! xlupa juga, tempe ni merupakan makanan tradisi Wak Khir, ala2 kalau kita orang melayu, makan ketupat dgn kuah kacang hari hari, orang utk orang putih, makan fish n chip everyday.

itu sahaja tips bijak mengurus wang utk kali ini!

selamat mencuba

Sunday, December 12, 2010

reminder to hardworking students

went to Mersing this morning. though the name is "Mersing" it has nothing to do with "me are sing" or "me are singh" or any activities involving voice (singing) and harmony stuffs. it just a name given to a district in Johor. try to google it, in case someone here are extremely poor with Malaysia geography.

Went there for a wedding reception of someone that is blood related to my mum. i drove extremely fast. (according to my level of acceleration while driving). plus, the road was extremely synform and antiform, except, the axis are all horizontal.
though, i enjoyed the ride, since i was imagining as it is the "akira mountain"

and i was thinking. actually, why it is important to study hard? or being a hardworking student?

why?

kenapa?

if you wish to own a big house or >RM20m house. u dont have to score in your study.

or

if you wish to own such a big wife.still, you dont have to score in your study.

or

you wish to own such a big amount of money? nahh! study is not important.

why? because this picture explains everything

---------------------------------------------------------

okay okay. straight to the point, just telling u guys that one of those kittens dint manage to survive, so far. RIP.

Friday, December 10, 2010

Sad. Very sad

okay... first of all.. this is sad post.. so pandai2 a baca dgn intonasi yg betul, dan juga berhenti pada tanda2 sabdu yang betul

kalau nk lagi feel, boleh la smbil baca smbil pasang lagi emo/sedih.. xpon sambil baca, sambil makan kek besday tahun lepas.. ini negara bebas. cara approach pon bebas

okay. tadi bawa mek dan anak2 nyer pegi vet

anak2 mek kena "selesema kucing" ...
first time dgr saket ni, selalu dgr "selesema sebab kucing"... tapi kali ni "selesema kucing"

so vet amek ank yg 1st "ehh.. teruk nya selesema dia, xpe, kita bersihkan"
kata dr, sbb selesema tu infection etc, mata dia tutup. so lepas bersihkan, mata n hidung pon okay.

yg second pulak, kucing yg putih tu, selesema x teruk. tapi mata dia buta dua dua..
tgh bersihkan, lens mata kucing tu terkeluar.. wuwuwu.. so sad ~

yg 3rd, satu mata je boleh pakai.. and yg last skali.. dua dua mata buta.. macam si putih
so currently, kena duduk rumah a jaga kucing kucing ni.. mak dia pon xpandai sgt nk bersihkan ank dia.

ank dia yg dlu semua okay. tapi kali ni. lain jadi nyer.

xpe la. sama2 kita doa supaya kucing2 ni okay. mane tau. miracle happen. mata diorang tiba2 suma jadi okay.

:(

Thursday, December 9, 2010

handphone

layan gak berblog / internet guna hp baru ni.. hehehe

selepas membantai 2 pinggan pecal buat sndri. puas sekali.
ikan ape ntah lebih kurang macam gelama, deep fried. pastu sambal pecal bawak dari indonesia, pastu sayur2 celur. result dia = TIP TOP ... kalah topman, gua x men a topman2 ni, gua layan cap cina dgn cap ayam jer

tadi before mkan igt nk amek a gamba kan( nk eksyen kat una). tapi, ternyata, nafsu mkan mengalahkan ketaatan dan kesungguhan untuk amek gamba.
nafsu makan juga telah mengalahkan keimanan dan ketakwaan aku mlm ni, ceramah pas xpegi... sorry la, gua lapar

kenapa budak2 suka tengok cerita perempuan berbadan ikan?

kenapa?

why?

sbb klau ikan berbadan perempuan... xjadi la cerita budak budak

-------------------------------------------------------------

cuti cuti ni... ade la jadi stalker sikit. tengok orang sana sini. dalam fb dan macam2 tempat la. tengok diorang jalan sana sini. dalam hati ade gak rase nk berjalan2 ni.

tapi yg xboleh blah nyer, budak2 yg mangat before cuti aritu kata nk plan itu ini, skang diam je macam tahi anjing. kenapa diam macam tahi anjing? sbb klau tahi gajah kat afrika tu, at least gerak2 sbb ada kumbang tahi makan tahi gajah, tapi tahi anjing? tiada yg nk usik.. sbb dia tahi anjing.

bikin gua xde mood jer..

btw, ni gamba ank-ank mek. ade macam2 warna. ungu, biru, hijau, kuning oren, hitam, putih, dan silver... tengok la sndri


dan yg ni plak.. ank akak aku


Tuesday, December 7, 2010

mek beranak lagi

seperti sedia maklum, mek beranak lagi

dlu enam, kali ni pon enam, cuma kali ni, 4 je survive (so far)

so hari2 pun, nmpk mek macam survey kawasan2 baru ala2 seorang broker tanah

masuk sana sini, dan around 10 minit kemudian, mula la angkat ank dia

since dia angkat ank dia masuk umah, aku angkat la balik ank dia kluar

xnk kasi dalam umah :D

but then, satu pagi

umi "syafiq! tlg cari ank mek, satu hilang, tgal 3"

lama2 lepas tu, xjumpa jugak, so ktrg satu family breakfast dlu mkan nasi lemak

tiba2, mek datang bawak 1 lagi ank, lepas aku spy2, tengok2 dia bawak masuk ank dia, letak bawah katil aku

hmm.. mmg nk sgt letak ank dalam umah.. okay okay

so aku amek semua ank dia, letak dalam kotak, pastu aku letak tepi katil instead of bawah katil (mek prefer bawah katil)

lepas mek tengok ank2 dia sume tepi katil, mek amek ank dia nk bawak kluar, utk letak bawah katil

lantas sahaya aku berkata " mek, ank2 mek boleh duduk dalam, tapi jgn bawa bawah katil, nti kotor. kita sekarang win win situation, mek dapat duduk dalam, tapi jgn bawa bawah katil k!"

pastu mek letak balik ank dia dalam kota. untill today, mek x bawa kluar ank dia. hihihi



Sunday, December 5, 2010

pening kepala

pergh, 2 hari lepas, pening kepala macam nk pecah kepala, tapi nasib baik kepala x pecah kepala sbb kepala cuma pening kepala

seram sejuk bila dgr ade budak ckp kat radio "klau x make up, boleh pegi kedai runcit jer"
kecik2 da kena jadi hamba makeup.. innalillah.. bermake up la kamu sebelum kami di make up kan

mek, kucing kat umah, beberapa minggu lepas, beliau telah beranak 6 ekor. tapi skang tgal 4 jer. 2 lagi telah menunggu di padang mahsyar ( maaaa syarakat).
selain itu, dalam masa 1 tahun stgh (kot) Mek telah berjaya memecahkan rekod anak2 yg dilahirkan umi.. hebat mu mek.. hebat.. dgn agrigad Mek 12 , Umi 5

so macam biasa. since umur 13 tahun, start duduk asrama, since that, aku sentiasa ber-nomad, skang duduk bilik bawah pulak. sbb blik2 atas da kena conquer dgn raksasa dan altromen.

cuti 3 bulan.. ape lagi. bergusti dgn hazim ler. latihan intensive utk beliau akan dimulakan. huahauhauhua.. beliau dijangka mampu utk bersuper saiya dalam masa yg terdekat. saksikan!
mampukah... (ala2 dragon ball time ending2 kat tv2 9.30pagi dlu)

oh, kepada peminat2 dragon ball. ade komik dia baru kluar. dragon ball sd boleh baca kat www.mangastream.com

kentut~

Wednesday, November 17, 2010

lama kan? lama kan? kan kan?

mula nk letak tajuk "lame kan? " but then takut korang ter-spell Lame = kuno instead lama.

wateverlah. btw, sempena hari raya haji, nk update laks
walhal esok ade paper. geology 102. susah gak la.. tp nk wat camne. buat je la yg terbaik

kat Malaysia, raya hari rabu. so sesape nk wish macam orang gila boleh..

camni "SELAMAT HARI RABUUUUUU!.. eh RAYA LA!!"
agak lame la. tapi nk buat camne, benda skali skala. so dimaafkan

sbnrnya lame tu bukanla lame pon, ala2 Glee. lame tapi boleh layan

oh, tapi yg syok pasal harini, pagi2 ktrg pegi solat raya,
then ada la sorang kawan ni "lepas ni gerak McD baru for breakfast, free? yes!"
kawan 2 pon sms sume org ckp ade makan free kat McD
kawan 3 4 5 dan lain lain yg menerima sms : okay lepas ni kita pegi McD ada open house

aku macam biasalah, xnk kasi duit kat McD, tapi bila dgr free, mula2 iman tu ter ganggu la jugak
tapi dapat kawal lagi. alhamdulillah

tapi yg syok nyer, antara kawan 3 4 5 dan lain lain. ade la assumption kluar dari soalan "siapa buar open house?"

ada yg ckp : owner mcd tu buat
ada yg ckp : jom gerak skgr, diorang nk buat headcount
ada yg ckp : ada student curtin nk belanja sume
(sbb before2 ni ada budak african yg kaye bin raye yg sponsor sume mkan kat kedai utk buka puasa etc... heh, time time ni baru korang hargai diorang.. xpe xpe. aku pon camtu gak)

sadly.. XADA PUN MAKAN2 KAT MCD. huahauhauha
kawan 1 : mana ada free..
dan kawan 2 telah dipersalahkan kerana menipu semua org. kesian kesian kes kes

the best part yg dgr assumptions tu. lawak jer. sume stock memandai je buat conclusion. ahaha

okay la. nk tido. ada masa update lagi (cakap macam busy gila, walhal ada je masa, time time study nk exam baru nk update. gedik gila)

btw, tadi aku mangat bawak pisau etc utk proses2 melapah, skali, mesjid sini xde buat ala2 kerja sama camtu.. sedih sedih


Wednesday, September 8, 2010

klau ditakdirkan perang

klau negara kita perang dgn indo, kita xperlu gusar, kerana apa, rakyat akan sihat2 saja, yg effect cume kedai2 pakaian, makanan dan outlet2 music shj,

sbb apa? sbb diorang claim kita mencuri pakaian tradisi, mknan tradisi, musik tradisi mereka. so org2 Malaysia yg buka kedai macam secret recipe x perlu la risau, sbb tu bukan mknn tradisi, dan diorang x kan claim punya.

jgn tetibe pasni diorang claim kek lapis srwk diorang punya sudah. gawat sihh

oh, logiknya, org berasal dari mainlain bukan kepulauan, maknanya, kita la yg original... dan kalau mereka di kepulauan mengatakan mereka yg original, makanya... barangkali ada evolusi dari pokok ke manusia?

xkesah a. mana2 same je.

Monday, August 23, 2010

sticky key

salam, tgh dok syok2 pkir nk tlis ape, terkejut sbb rpe2 nya da tekan shift 5 kali, dia kluar sticky key... haaa! mesti tgh cuba la tu kan? sila2. xsalah pun

btw, ade la sorang member ni, dia ckp dia terasa sbb member dia yg used-to-be-menempel-all-the-time skang pegi mana2 x ajk da.. frankly speaking, thats life :D nti klau xde org camtu, xceria pulak hari esoknya

oh, baby2 macam mana? uncle bukan xnk call, tapi xde kedit nk call.. lgpon call korang, korang bukan reti cakap pun, nti x pasal2 kita cakap bahasa "wu ak wu ak ik ik ekek"

makin byk puasa, makin besar lak perut, "this is ramadhan brother.. ramadhan" barkat tu ade kat mana2, jalan sket... barkat, jalan sket lg... barkat... mane x besar perut, barkat2 terkumpul.. ala2 snowball effect

oh, da 13 ramadhan.. besday aku da dekat.. hehehe 20 ramadhan.. sape nk banjer? nti kita buat list k :)

selamat sungkei

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

bulan ramadhan, terigt pulak kat arwah pacik Ramzan, alfatihah.. sbb dlu time kecik terconfuse nama dia, so sebut ramdan

skang kan duduk luar, so sahur xde meriah cam last year, mase kat curtin village.
igt lagi ade skali tu, turn aku,mao n ammar sedia kan sahur.. sediakan benda2 biasa cam ayam goreng crispy, sarden, n telur goreng... dan nasi la of coz. name pon sume org mlayu (sorang indon,mao)

aku waktu tu terbgun lmbt sket, bgun2 jer. diorang da bukak tin sarden n da nk start msak.
time tu hujan2 ala2 angin tiup merdu... nk jadi cerita, time nk start msak, tetiba api xmau start, pergh, rescue team decided utk amek gas umah faeez, sbb umah diorang budak x bgun sahur, klau bgun pun, x grand cam ktrg, then mau n ammar pegi la amek gas, da cun setup gas, api xnk gak start, ktrg ketuk blik seqam tanyer dia camner, then dia kata, dapur rosak. so pegi la pulak umah tu lagi amek dapur diorang pulak. amek dapur, api pon nk la start. xsmpat nk celebrate, kucing a.k.a tiger, curik sarden kitorang. benda2 sadis datang cam combo

then bila time sahur, diorang tanyer, "asal saden kecik2?" nk buat camne, separuh da pegi kat perut kucing utk dia sahur.

oh, smlm ada grand iftar kat uni.pergh, mkan beryani kambeng n ayam msak merah. sedap2. da la lebih2. puas tambah berkali2.

mane x buncit bulan puasa, dinner tidoq, sahur tidoq... mmg buncit a. so sape2 ada diet plan bulan puasa ni, lupakan je a... hahaha'

rindu plak kat budak2 ni, fatih n hazim. ape kabar korang? jgn puase tau. kecik2 la time xnk
buat fardu ain, da besa nti xleh

~post ke 100 ni~ lame gila nk 100

Sunday, August 8, 2010

YEAH!!!!!!!!!!!!!!

da dapat password baru. yg lame nyer terreset browser... lupa :D

btw, epi besday una :)

Sunday, May 9, 2010

gaya hidup sihat

mgu ni byk bersukan compare to last week. maybe sbb byk kerja

dan skang ni kat curtin village ade trend "derr" "ade?!" dan beberapa perkataan lain.

bukti kuatnya pengaruh TV terhadap kanak2.

hmm. semoga aku dijauhkan dari trend tidak sihat ini :)

and skang gak budak2 sini sedang mangat buat formspring.com

buat account utk ditanya org dgn soalan spti :

"hye awak single?"
"hye awak gay ker?"
"hye, awak comel la tapi bla bla bla"
"hye, awak ke sy lg pandai?"

selamat ber formspring la kepada semua formspringer. fesbuk ni pon da menjadi salah satu "masa seluar dalam lelaki" (time spender)

aritu join usrah, usrah ni syiok, xde baur2 asabiah (paham2 sndri)
kat tepi tasik yg ada buaya kat curtin tu. pergh, usrah ber-thrill
pastu mkan roti n sardin n keropok2. terbaik lah!

da da

salam

Friday, April 30, 2010

April

pergh, byk gila besday org april. xpe2. bagus2.

selain itu, haritu graduation foundation, patut nya tukar nama "majlis makan2 utk budak lepasan foundation"

selain itu, byk gila kerja, espeselly from geoscience, subjek xbes :D
doing works " priceless"

besday aritu kena baling telur n tepung2. klasik youuu~
tapi yg baling2 telur dari tingkat 3 tu bukan klasik, inovasi! pembaharuan!
lebam2 sket2. tapi xpe, chill~

esok field trip, pegi tgok batu batan, budak2 geo first year (n repeaters) mari buat muka excited!
thx afiq mokhtar sbb kasi pnjm brg2 dia, klau x, kena bayar rm460 cam org lain :D

baru lepas dload satu album, family Zain terbaru, maher zain.

kebelakangan ini semakin byk hot chix kat kampus, adakah itu bonus utk kerja keras ku?
hardwork = not priceless :D

mgu depan ada praktikal mineral. mari hafal garam2 n camana nk baca diorang

happy kidding to my sisters (selamat beranak kepada kakak2ku)

dan last skali. rindu mkan spaghetti and tempoyak. :(

Tuesday, April 6, 2010

tengah cuti

tengah cuti kat rumah. abes sume mknn aku bedal. ngeh ngeh ngeh

smlm ada tengok satu video kat answer.com ayub promote, calculus satu sem dia ajar dlm 20minit. agak berkesan gak cara2 dia. tips2. mmg bagus.

so konklusi : alcohol and math dont mix, dont drink and derive.

plan cuti nk buat kerja, then da smpi rumah, satu ape x jalan. ade la satu paragraph which can be summarize as 2% siap. dgn grammar terabur macam ni (sini).. haih..

so konklusi : time wasted for brainstroming , priceless

selain itu, rafiqin darwisy da femes, korang bila lagi? sng nk femes kat dunia internet ni. tips utk sape2 yg desperate nk femes kat tenet, sng je, dgr radio, dgr lagu ape femes, pegi youtube, buat la joget2 ke, cover lagu ke, melalak ke, nti org komen2 pastu femes la

Plant vs Zombie. dgr je da terkinja2 kan? haa! aku da tgal lama gila da. tapi tgok nodon mangat main usaha cam ape jer. walhal aku men matahari 99999 n tanam pokok xde cool down. pegi la blaja kat youtube camne. terima kasih cheat engine.

geogolo.. eh geology. aritu test da la susah cam apa. btw, setelah berFB dgn kengkawan lama, baru aku tau ramai gak budak2 amek kos geology ni.slmt berjaya la. nti da pandai, leh buat kubur aircond utk org ramai

dah le. nmpk sgt tgh busan :D

tapi busan kat umah bermakna compare to bosan kat miri... kena ada kelas baru x boring miri ni

salam

Tuesday, March 30, 2010

Cuti

buang masa.

makan, tido dan berak (kalau rasa nk berak)

tgok movie, vid clip kat umah jengga.

smlm ada buat maggie fest, kasi jengga jadi chef. hancur maggie aku.da la byk paket dia masak. dia pegi masak maggie kari dgn ikan kering.... dan aku x leh terima kenapa dia masukkan ikan kering.. kenapa? kenapa jengga? kenapa?
-lepas makan sume jadi psycho, nasib baik xde org mkan, jengga mkan sorang-

rasa cam nak balik :D

bole jumpa umi dan ayah dan kakak yg perut da besar :D


Thursday, March 25, 2010

Futsal 2010/1

hua hua hua

main futsal weh

rekod kalah tanpa mng buat sem ni

"if u cant beat them, join them".... maka kami pon join seronok team yg mng.

grouping selesai.

esok test

lusa cuti

nanti final futsal

tgok sape yg mng ;)

Friday, March 12, 2010

new moon

saja bagi tajuk new moon, bunyi glamour sket. new sem x sedap sgt

xde la new sem sgt, da week 3 da pon, kawan2 prasan x da week 3? bagus2

lama x update coz xde tenet. klau update blog kat pc kampus, nti org ckp aku blogger tergeek pulak.

sem baru terasa cam degree student. last sem x terasa lgsg, sem ni, pergh, ASSignment satu satu datang, macam air teh c peng special kat miri, lepas order satu, minum, abes, order lagi. camtu la assignment skang. lpas 1, 1 datang. cuma beza dia, teh c peng special kita order. assignment datang tanpa di order.. huh.. penderhaka sungguh.

so skang da ada tenet. bukak2 je laptop. kedebaboom!!! byk gila kerja. kat moodle/blackboard/oasis/ dan juga quiz2 online. Aaaaa. da la due date dekat2 je. cisss

ni pon tgh buat kerja physic. xfokus sbb sronot baru dpt tenet. hehehe.. update sat
sbnrnya, soalan2 physic ni leh setle dalam split second jer, klau kasi budak baru lpas SPM, sure diorang jawab smbil menonggeng ke atas. sng jer. tapi maklum la kan. lama x tgok physic2 nih. sape suruh uni kasi cuti lama2. haaa! padan muka diri sndri
*terima kasih cikgu chem coz xbagi kerja chem mgu ni.. muaxx*

so, selepas 1 . 5 tahun blaja di miri, skang pindah rumah di taman2 area2 sini. x duduk rumah under uni da. da ada housemate ( ahernya) ...
org tanya " bes x duduk luar?" jawapan : sama jer
walhal rumah ni dekat je dgn rumah lama ( rumah under uni) cuma rumah ni xde aircond, xda tv. tapi rumah sini ada hot chicks lalu lalang. hua hua hua

oh, da ada skype "syafiqafifi"
dan oh sakitnya tercakar jerawat sendiri.
disebabkan miri terlalu panas skang ni, berbogellah jika berkesempatan

sekian. salam ;)

Monday, February 15, 2010

Artist jadi Ikon masyarakat?

tertarik dgn statement wardina dlm pancaindra Ahad 14feb

pergh, tetibe lak nk dapat hidayah nk baca pancaindra.
terbaca topik syok "artist msia x layak jadi ikon masyarakat" -wardina
antara reasons2 beliau ialah kerana akhlak, pemakaian, attitude dan lain lain.

pada aku, mmg betul la ape dia ckp... tapi macam biasa
mesti ada org yg terasa pedas, dan mesti ada org nk counter

salah satu reason org yg ingin meng-counter beliau

1) kalau kita ni baik, macam mana kita bole diangkat oleh masyarakat.
jawapan aku = mmg la masyarakat angkat, da kalau penyanyi tu syok atas pentas,loncat atas peminat, klau peminat xangkat, xke mati si penyanyi tu jatuh tersemban atas lantai, kalau mati mgkin sng urus lagi, buatnyer lumpuh seumur hidup? xke menyusahkan,
so dont get it wrong kalau kau sebagai artis diangkat masyarakat

2)wardina beruntung sbb dia dikelilingi oleh golongan bijak pandai
jawapan aku = at least kalau bodoh sgt pon, jgn la buat statement yg sgt bodoh yg menampakkan kau tu lagi bodoh dari mereka2 yg bodoh.
xde sorang pon dalam dunia ni lahir2 da pandai. semua org start sebagai org yg bodoh,
then, dalam keadaan bodoh tu, pandai2 la cari jalan utk dekati org yg pandai, then belajar la dari dia smpi jadi pandai, bila da pandai, automatikla kau akan dikelilingi org yg pandai2 belaka.
btol x? so jgn jadi bodoh

3)most artis jadi artis sbb talent
jawapan aku = aah, diorang ada talent, talent tunjuk peha dab part2 dari badan mereka di depan kaca tv ;)
xsemua org ada talent tu...

tapi mmg betullah pasal attitude tu, aritu ada la nmpk Mawi kat Ipoh,
da tu dlu dgr cerita macam baik.
tapi klau camtu la keadaan dia (time kat ipoh, kat restoran simpang tiga) skang...
aku nk ucap "tahniah kerana berjaya spoil diri sndri"
dgn geng2 nyer stylo xtentu hala, maybe ter-alpa yg msia ni panas x macam Scotland
then yg paling jijik, ada sorang ahli geng diorang, asek shaving di khalayak ramai
dah la tmpt makan, ape ke bodo, oh bodo kasar, ape kurang IQ??
budak2 tgok... dah la buat pencemaran bulu2, buat pencemaran bunyi lak tu
mata pon saket nk tgok dgn dressup ala2 gay.

bak kata wardina "kurang nya IQ dan EQ"

Sunday, February 7, 2010

Leman Dawi

hujung mgu lepas, best jugak sbb ustaz zahazan mai jb.

so dapat la dgr,tgok live dia bg ceramah,

slalu kat radio je, 6.30am og IKIM.fm atau pkul 8pm(ulangan, rasanya)


---------------------------------------------

smlm otw ke kenduri rumah ustaz halim, cheras, singgah seremban

family akak ipar ada buat kenduri doa selamat,

in the mean time, smpat pergi warung cendol leman dawi

style la kedai tu

"gula naik harga = tmbh gula percuma
santan naik harga = tmbh santan percuma
ais naik harga = tmbh ais percuma
petrol naik harga = cendol x campur petrol

= cendol x naik harga "

"manifesto cendol = cendol ta' main politik"

pacik kedai tu ramah

"selamat datang ke n9, keluasan etc, penduduk nya seramai etc"

"awak dari mana? "
-johor
"jarak johor smpi n9 ialah bla bla dlm batu, dlm km ialah bla bla"

power pacik tu, coordinate GPS utk warung dia pon dia letak

beli skali, topup la berjuta2 kali pon pastu.




Thursday, February 4, 2010

bukti global warming

last week, ada la pegi jalan2 sama peng, pergi KL then drive keta ddn peng ke Perak

sampai Ipoh jumpa Najwa, thenpergi kuala kangsar tidor rumah beberapa malam, rumah mamat dan caer

then pergi rafting, gmba kat sini

bes

so, bukti global warming, JB sangat panas skang.

then, paip2 wudhu mesjid, bukak je terasa air dia suam, xkira la pagi petang mlm.

sama la kat rumah nyer paip. rasa suam.

panas dunia.

tips esan ketika summer "berbogellah jika berkesempatan" bilik xpasang langsir lagi la.. malas

Sunday, January 24, 2010

Semua orang hafal sejarah Ammeno

salam

surat utk hero, yg byk pertahan kalimah Allah masa ini

firman Allah "pilihlah pemimpin yg skurang2nya menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menegakkan kebenaran, membasmi kemungkaran"

menegakkan kebenara??? ialah menegakkan syi'ar islam

-seorang perempuan yg memakai purdah, telah dipecat dari bekerja di farmasi... kerana purdah, mahkamah cakap BETUL

-budak sekolah telah dihalang ke sekolah kerana pakai serban... mahkamah cakap BETUL

-orang melayu islam ditangkap minum arak, hukum islam rotan 40, mahkamah suruh rotan 6, smpi skang x rotan2. BETUL

-ada satu masa mahkamah antarabangsa kata Malaysia bukan negara Islam. kenapa Hero diam?

-switz n eropah kluar gmba kartun mengutuk islam, kenapa Hero diam?

-Israel laknatullah (negara yg Malaysia sgt2 benci dan x recognize as sebuah negara) datang Malaysia utk main kriket, kenapa Hero diam?

lalu datanglah segelintir Pemuda, buat demo depan kedutaan switz n etc mengutuk, mencaci dan mengeji perbuatan kartun2. tapi kena halang.

datanglah Pemuda berdemo x kasi Israel Laknatullah,si perogol Palestin jejak kaki kotor diorang kat Malaysia, Pemuda2 tersebut di serve dgn hidangan air dari mulut cannon.

kenapa? Hero x berani nk mempertahankan Islam? mana teloq hangpa?

---------------------------------------------------------------

seorang sahabat tanya, "kerajaan skang da kasi jalan, sekolah, hospital, klinik dan lain lain. ape lagi yg x ckup?"

Tahniah Ammeno kerana berjaya membuduhkan otak kawan saya yg pandai.

Jalan, hospital, klinik dan lain lain itu TANGGUNGJAWAB. xpayah la nk buat2 baik hati claim itu ini

tanggungjawab mana boleh claim. bapak mane boleh claim segala perbelanjaan dari ank, sbb tu tanggungjawab

ambil contoh Kedah, ade ke lepas menang negeri Kedah, kerajaan negeri musnahkan jalan2raya sbb jln2 tu dibina ammeno.. mane ade! kita pakai jalan yg sama. skolah yg sama.

kedatangan Islam bukanlah utk mengharamkan segala macam, tapi nk betulkan segala macam
lelaki perlukan wanita, wanita perlukan laki, islam xharamkan mereka bergaul, cuma islam kata melalui ijab n qabul.

akhir kata
pilihlah yg mana2 anda suka, mengikut integriti, kebersihan, ketelusan, intelektual, amanah, dan ape2 je la korang rasa yg positive.

wallahualam

Tuesday, January 12, 2010

penggunaan kalimah Allah

salam,
smlm saya menghadiri sebuah ceramah, mereka telah bermesyuarat dan berijtihad, ahli2 mesyuarat mereka bukan lah calang2 orang, mursyidul am, tuan guru nik aziz, ulama2 terulung dalam negara dan mereka juga berbincang dgn tokoh maal hijrah tahun ni, yusuff al-qardawi.

isu ini bukanlah isu semalam. di indonesia, penggunaan kalimah Allah dalam al-kitab,bible, dah dipakai sejak berkurun2 lamanya, sblm Malaysia yg tercinta ni ,merdeka lagi. dan kita tahu, kalimantat adalah sebahagian dari indonesia, dan sabah sarawak sblm ini adalah kepulauan borneo. makanya, sudah tentulah mereka ini memperoleh sumber2 yang sama seperti kristian2 yang lain di indonesia. iaitu, penggunaan kalimah Allah utk tujuan agama mereka

ayat pertama dari al-fatihah, jelaslah Allah itu tuhan seluruh alam

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Surah Al hajj : 40)
ayat di atas ni jugak terang jelaskan kat kita, bahawa tmpt2 ibadat mereka pun ada menyebut kalimah Allah, malah dgn amount yg banyak.

"dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran." (Surah al Ankabut : 61)
hal ini menunjukkan bahawa Allah yang mencipta makhluk2. maka, tidak mungkin kalau Allah itu xda dalam hati2 makhluk ciptaannya

penggunaan kalimah Allah utk golongan bukan islam, TIDAK MENGAPA, selagi ia bukan tujuan utk memperlekehkan.

isu ini bukanlah isu semalam...

makanya, serangan2 terhadap gereja ini, hanya lah didalangi orang2 yg KONON reti agama, KONON nk memartabatkan islam, KONON dia lah yg paling islam,arif dan tahu selok belok agama, makanya diorang bertindak untuk bakar membakar macam bakar sate yg mak diorang cucuk.walhal, mereka yg KONON paling islam tu lah dulu nak sangat buang perkataan Islam dalam jabatan.pertubuhan. contohnya : Majlis agama johor. agama ape? tatau. nasib baik la ada majlis2 raja2.

Islam sangat menjaga hak2 org lain, Rasulullah sendiri menyuruh tentera islam agar x kacau rumah2 ibadat semasa perang. time perang pon xleh kacau rumah ibadat, apetah lagi time aman damai.


Salahuddin Ayub berkata, saya terima sms mengatakan macam ni " marilah kali ini kita sama2 berjuang demi islah, kita tumpahkan darah demi agama; " .. lalu beliau sambung, nk tumpahkan darah sape? nk perang utk ape? dia igt kita ni pemimpin jalanan? xtau agama tindak suka hati? itu diorang... TAKBIR..

Saidina Umar, masa jadi khalifah, pernah di ajak memasuki sebuah cathedral di syria, skang masih lagi ada. Beliau di sambut oleh paderi gereja itu sndri. masa round2 dalam gereja tu, masuk waktu solat, si paderi ckp "Umar, sembahyang la di sini, kita sama sama agama langit, agama samawi."
saidina Umar reply, "saya bukan xnk solat kat sini, tapi saya takut generasi akan datang akan guna hujah perbuatan saya ni untuk menuntu gereja ni, kerana saya pernah menunaikan solat disini."
Lihatlah betapa Islam ini menjaga hak masing-masing. Kita dan mereka, cuma Tauhid saja yg berbeza. mereka juga manusia

disini, tidak menuduh mana2 pihak yang berbuat sedemikian. tapi, sedangkan org2 bijak pandai agama bermesyuarat, mereka yang KONON pandai bijak agama pergi berjihad dengan berdemo, pergi bakar membakar.
Kalau demonstrasi xda pemedih mata, xda FRU, xda kecoh2, directly kita boleh tahu, sapa organiser.

"SAYA RESPEK POLIS2 (sambil buat tabik hormat) YANG BOLEH TAHU SIAPA DALANG BAKAR2 NI" Salahuddin Ayub

inilah sedikit sebanyak input yang saya dapat smlm.

cuba kita renungkan, jika ada seorang kristian cakap kat kita masa kita sakit "semoga Allah menyembuhkan kamu"
apa tindakan kamu?
a ) insyAllah
b ) hey, guna nama tuhan kamu
c ) terus berdemonstrasi
d ) terus ke kedai minyak terdekat utk membuat molotov

Wallahualam bi shawab

p/s best sbnrnya pergi dgr ceramah ni, ceramah ape? xkan xtau kot :P

Sunday, January 10, 2010

the ending

repent, the ending is near
Malaysia is ending? 1malaysia is raising

the ending is coming to us, the evidence is, not even 1 grocery selling Corn Flakes,
penat je cari sume kedai.x da weh.

secondly, so many endon2 in Malaysia rite now, they will lead to the end

and 1 more thing, this post is ending...

end here

Thursday, January 7, 2010

nur amina

apsal nur amina, pon tatau. kakak kasi nama nur kasih, aku kasi niyang rapik/jenglot. ayah kasi sultanah, umi kasi nur amina, pgil mek. suka suki dia jer

seekor kucing, putih tompok kelabu, tiap2 mlm nk nyemak katil aku, haiih

aritu kurus, sejak smpi sini, ayah syok beli dia susu full cream

asek minum susu jer. 1 kotak atau 2 sehari. skang da gemok x tentu hala

nasib baek ko pandai berak kat dlm toilet, kat lubang lak tu. hehe. sape yg aja? aku tatau.

dah la nyemak katil aku. tgok tangan, jilat. pastu gigit. hish. kena marah, buat2 xpaham.

lari sana sini. sluar kain sume benda nk terkam. pastu kejar2 xde apa. syok sendiri

pagi2 buka pintu, dia terus pecut, balik mesti tgh duduk kat rak kasut, pastu klau salah loncat time turun, kaki terseliuh (pastu dok diam, yess x org) , tapi esok pagi ada kat rak kasut lagi, pastu loncat cuak2

udah2 le ngumpat dia, camna nk mintak maaf. hehe

---------------------------------------------

hari hari tengok movie,
tapi saya x makan maggie.. pantun 2 kerat, sila baca dgn intonasi yg betul

planet 51 cerita xbes.
tgok g-force lagi bes

tgh plan road trip pi perak,
sape tgh cuti dan kenal hafiq affendy, sila bgtau

peng nk drive keta dia.

Monday, January 4, 2010

vira-going to hell

salam
lama x msuk blog. bukan ape. xde kat umah, away from home. hehe. pi mna? adela~~
xde la cam najwa pi paris tiap tiap tahun.

nsib airasia je yg ade ke certain2 tmpt, klau x, da lama aku plih MAS. Airasia suka hati mak ayah kucing dia je cancel tiket org. da amek duit, buat buat muka innocent cancel kan. ciss. tahi betul

hari ni, pi skolah, skolah ape adik2? skolah memandu cikgu..
blaja bawak motor >500c. family nyer suggestion.
mula2 msuk trek bawak motor kecik. sng en. bangga. bawak sblh kaki jer.
masuk pakai moto virago. jalan sket, brek.. cam ape jer, nk belok susah gaban kot. pastu, makin lma makin ramai org usha. pergh, pressure tu. rasa berat jer en. pastu msuk bahagian lalu titi, motor susah nk balance, dgn confidence nya, motor dgn lancar lalu seblah titi, xnaik pon :D

pastu cikgu cakap "dah, pasni kelas special" hehehe. nasib baik td aku da ckp yg aku sepatah haram xtau camne nk gerakkan motor besar2 ni. yeay!

nk best lagi, tadi mmg panas gila weh, pkul 10 da panas nk mati. pastu
helmet skolah lak bawu cam vavi (bahasa russia, mksd dia omellette ,tatau eja) . pergh mmg tmbh2 la azab tadi.

esok gi lagi skola. gambate. kurang hajar koyot, dia cakap sng. susah weh. tapi koyot pon penah jatuh. :D