pengikut para buang masa

Saturday, December 3, 2011

Summer love

salam. summer love pale a.

baik balik msia. sejuk. sini panas gila.

selalu orang cakap panas cam oven

tapi hakikatnya.. panas cam microwave

sebab tahap pemanasan sangat pantas. oven take time nk panas

tapi ni kejap je. malam tadi saje je tak tido. kol 4.10 camtu matahari da start menyinari alam fana ni

pergh. dahsyat gila. tapi lepas tu lebur tido sampai kol 10

huahaha

sebab panas nk pakai short a. tapi sini kedai short2 dia sume pendek2 seksi2

so beli a sluar sploh dollar pastu potong sendiri. jatuh siap

pastu try basuh skali kain tu start terurai balik

so solution dia.. cloth tape sudah! haha

asal tahan sudah. nk buat gi kerja camtu2 je.

first time alter sluar sendri. tapi smart ah. serious. huahaha. korang mesti jeles.

sebijik cam kedai buat

lagipun logik a. kedai manusia. kita manusia. so sepatutnya dengan logic yang separuh penuh pon leh dapat buat a.

so skang da ade kerja. technician.. penat seh.

dapat gaji kena tax. nasib baik rendah. pastu dapat claim balik

berkerjaya ajar kita appreciate hari hari cuti dengan lebih mendalam

ajar appreciate duit gak

ajar kita yg hidup orang berkerjaya as technician ni berschedule dan macam robot

angkat sini letak sini. pecah itu pecah ini. tapis tapis. timbang, bungkus

lama2 nanti biasa la. sampai feb je

Friday, November 18, 2011

in the making

lama siot x update blog. so aku decide nk cerita sikit a pasal pembikinan kisah "rokok dan kopiah"

first of all.. ni la kali pertama kami buat video yang memakan masa lebih dari 1 hari. before2 ni semua satu hari nyer kerja. buat siang. malam upload. esok da boleh tengok
tapi kali ni. pergghh! 4 hari siot! hari ahad klau x silap. ktrg pindah ke Villa kasim. Kasim ni member ktrg, dia cook kat sebuah restoran di Perth, beliau masih single + hensem + terer main gitar

banyak jugak benda yang bodo2 jadi.
first nite baru smpai umah kasim, ktrg bawak kluar semua barang. nak jadi cerita. kunci kereta tertinggal dalam kereta. cun2 dua dua kamera dalam kereta. lain sume da bawak kluar. yg ktrg ade time tu cuma kunci umah kasim. so dua dua kamera ter trap dalam kereta. sampah nyer mat

dengan osemnya, mat masuk kunci umah kasim, aku try goncang2 pintu. pintu berjaya di-unlock-kan.. so conclusion dia 2. either kunci umah kasim ni multiple access atau kereta mat ni yang sape2 leh bukak..

satu lagi incident. time scene yang kena nyalak anjing tu. ktrg ade member yg kerja kasi catalogue, so diorang tunjuk a umah2 yg ade anjing garang2. tapi nk jadi cerita. sume anjing x bunyik. padahal anjing tu ade je. so ade satu rumah org putih ni. anjing dia bising mula2. pastu tuan dia kluar, suruh diam.. pastu ktrg minta la izin... tapi since after that anjng tu da x nyalak da. tapi tuan rumah tu baik.. dia cakap "its okay.. i give u 1 shot" orang putih tu sanggup drive kluar tinggal anjing dia sorang2. supaya anjing tu guard rumah a. so lepas provoke2 anjing tu, akhirnya dia marah ah.. time tu cepat2 rekod... nak jadi cerita lak. mat lari x tengok jalan.. sikit lagi nk kena langgar kereta... siap ade gelak skali..

budget cerita ktrg ni x tinggi.. murah2 je sbb rokok ktrg pow pow orang.. haha... best gak a. ade pengalaman patahkan rokok banyak2. huahaha rasa cam orang kaya lak. orang lain beli bakar rokok sedut2 at least dapat gak chemicals masuk badan. ktrg.. patah buang je. huahaua.. thanks a pengsponsor2 rokok..

semua scene tu ktrg rakam pada waktu a. contoh cam scene subuh. ktrg rakam time subuh.. dengan expectation akan dapat lighting yg nampak subuh.. tapi jadi terang sikit.. sbb time summer ni. matahari terbit laju gila.. kadang2 ktrg rekod lagik skali. tapi da terang. so nk xnak. accept je la..

tengok product .. rasa berbaloi jugak bertungkus lumus siapkan benda ni.. dengan subtitle lagi kali ni.. susah sbnrnya letak subtitle ni. sbb kadang2 joke / makna susah nk sampai bila kita translatekan.

nk cerita gak setting camera. setting camera kita caca merba je sbnrnya. klau korang tengok scene dalam kereta. yang ktrg sembang tu. kamera tu xstable tu. anytime leh jatuh. ktrg sekat2 dengan pen + tissue + plastik + sampah supaya kamera tu x senget. cam haram je klau korang tengok..

ade orang tanya "tu fixie ke?" jawapan dia "tak.. basikal fixie = gear mati.. sila jgn matikan otak anda.. tengok sekali pandang pon tau tu basikal biasa"

ade orang tanya "tu hp ape?" jawapan dia "henpon bb curve yg cikai.. dapat free amek line trololol"

ade benda lg nk citer. tapi. lupa. trolololol

Thursday, September 15, 2011

cerita sedih

salam selamat sejahtera etc

pada 10 sept yang lalu. aku telah pergi field trip. so sbb train pagi kol 7. so decided lah tidor umah kawan kat city. sbb stesen kat city. dekat sikit

pagi 10 sep - bangun kol 5.30 dengan semangat berkobar2 nak gi field trip. so smpai setesen awal gak ah. lepak2 dgn kawan jap. Amin. dia yg hntrkan gi stesen ketapi. pastu time tu igt nk turun gi tanya orang kat stesen sbb mane a tau klau salah stesen. leh pegi stesen yg betul

nak jadik cerita.. lupa nak kasi tau amin tgu jap. so xpe ah. skali salah stesen! haha! time tu kat stesen perth. sepatutnya kena tgu kat stesen east perth. try call amin tu. dia x bawa hp. mmg terbaik ah time tu

teksi xde. bas xde. ketepi nak gi east perth pon lmbt lagi. so orang stesen ckp stesen east perth tu dekat je. so bermula lah jalan kaki. orang stesen ckp "enjoy your trip!"

pastu dah jalan. ada masa dalam lagi 10minit. pastu jalan2 punya jalan2.ada jejantas. naik jejantas tinggi tu. pastu simpang T. amek lah ke kanan. skali da turun bawah. xde stesen. pastu dah tinggal 5 minit. pastu tanya ada orang lalu. dia ckp east perth at the other side. patut td amek kiri. kat atas tu xde sign board. before2 that ade je sign board utk pejalan kaki. so nak naik balik jejantas n lintas etc mmg da pancit dah. ada 3 minit je. sbb dari stesen perth tu nk ke east perth pon da jogging dah. dgn beg etc. penat gila ah!

so time tu duduk je ah mengenang nasib. pastu start ah calling2 kawan maen ah tau ade seat kosong. luckily. ade kawan yg drive ke kalgoorlie lom gerak lagi. so tumpang ah dia. smpai kalgoorlie lambat 2 jam.

-------------------------------------------------

next day. field trip mula. jalan2 kawasan Mt Hunt. ktrg kena buat map kawan mt hunt tu. ktrg diberi map kosong. tapi map tu ada topography. cuma kena buat geological boundary je ah.

tmpt ni kering. gunung ganang . batu tajam2 etc. so berbekalkan kasut 25 dol beli kat harbour town. mmg sedap ah.

nak jadik cerita. bangun esok pagi. kasut dah xde. hilang! haha. so pagi2 tu pkol 7.30 bgtau ah lecturer sorang ni. minta bawak gi kedai. so sbb dia guru pengiring. nak tanak kena ah bawakkan gi kedai. thanks k-mart dah bukak kol 8. so beli lah kasut bata satu ni. okay lah. nak kata sesedap kasut hiking 25 dol tu xde ah. tapi okay ah. janji kerja jalan.

in the end. kerja pon siap ah. tapi byk gak cabaran2 non-geological yg dihadapi.
tapi ada test lak isnin ni. kes kes

Monday, August 8, 2011

el-islamik el-ramadan

so haritu khutbah cakap tentang dgr lagu. bulan2 puasa ni. masih ramai yg xmampu nak stop dari dgr lagu

so aku yg berapa nak alim ni pun try try la dgr nasyid. tapi ape yg aku perasan. maklumlah, aku kan kuat perasan.
nasyid nasyid sekarang adalah more to nah shit! atau melayunya, ambillah tahi ini

dah xde da kualiti cam raihan dlu. klau nak hafal nama nabi, kita nyanyi, nama malaikat, kita nyanyi, nama bulan2 islam, kita nyanyi.

nahshit skang klau ada 1 album: -
1 ) dia rakan sekelas tadika
2 ) cinta di sek ren
3 ) sek men bukan batasan
4 ) I C U, U C me D ipta
5 ) cinta ke anak cucu
6 ) cinta sorang sorang (sbb partner tu dah mati)

dari awal smpai abes bab cinta memanjang. ni lah akibatnya.. mee cintan diperkenalkan akhir 90an. so generasi kanak2 90an telah berjaya membesar dan menjadi pencinta tegar akibat MSG2 yg terdapat dalam mee cintan.

makanya, secara tak langsung. kita pon pegi la playlist raihan zaman2 dlu tu balik. even berlatarkan muzik kelepak kelepung. xde dj, guitar etc. layan gak.

-----------------------------------------------------------

selain itu, tadi boring boring gi usha ihsan nyer multiply. ade gambar lama2. kat PD etc. zaman2 kurus2. ada gambar quarter naked, half naked. fully naked pon ada. tapi dalam baju lah
botak putih hitam sume ade.

so sempena bulan ramadhan yang mulia ini. ingin saya nasihatkan rakan2 supaya elakkan lah dari mengkorek rongga2 yang ada. xkiralah rongga rakan mahupun haiwan tersayang. mereka juga ingin berpuasa.